tiga tahun

Tags

,

tenggelam timbul tenggelam timbul.
tahu tahu dah tiga tahun dengan wordpress nie. tahu tahu dah tiga tahun sy menulis dengan hati dekat sini. Allah hai, cepatnya masa berlalu. Setiapnya ada jalan cerita kan? Sy selalu terfikir bila stuck dalam jammed, setiap satu satu kereta tu ada cerita dia kan, kereta sana tengah bergaduh suami isteri, kereta sebelah sini pulak tengah makan tak perasan kereta sebelah sebelah, mangkali lapar sangatlah tu (macam sy juga kdg2.haha) kereta belakang pula, si gadis melentok lentok kepala pd si jejaka seolah memujuk, pastinya ada kisah di sebalik segalanya kan? Thats whylah, bila kita rasa down, kita kena fikirkan kisah org lain yang lebih teruk yang lebih menyedihkan dari kisah kita then baru timbul (mudah2an timbul lah kan) rasa syukur pada Tuhan, kita ditakdirkan sebegini.

tenggelam timbul tenggelam timbul.
Sebolehnya sy cuba update segala nukilan/luahan/bebelan/omongkosongan (ehh..) sy di dalam bb nie. Semoga diberi kelapangan buat sy meneruskan penulisan penuh jiwa di sini. Semoga kalau ada yang baca akan tenang, terfikir sejenak, berubah atau apa saja manfaat yang boleh diperoleh dari sini. Alhamdulillah . Mudah2an. Sy pun manusia biasa, banyak cacat cela nya, sy pun kadang2 pemarah, pendengki, pencemburu yg haibat, pe pe pe …. yg lain juga..hee Sebolehnya sy cuba ubah sikit sikit perangai ni supaya jadi yang lebih matang (tk perlu nk matang sgt kotttt) hehehe..i mean, become more rational in person lah kan. Mudah2an Allah bantukan, untuk sy menjadi yang lebih bertanggungjawab, yang lebih komited pd kerja dan studi sy. Amin. last but not least. sedikit sebanyak dari sy.

 

Tiga tahun
Lama mana tidak ditentu kita
Sekejapnya dapatlah kita rasa
sebaiknya kita manfaat
Sebagusnya kita perkuat
Tiap tiap lemah yang ada
Tiap tiap kurang yang nyata

Selamat tiga tahun, bubblybettyku. 

Awak..ye awaklah tu

Tags

,

Firstly..

terkejut sy ada silent reader..why laa tak tegur tinggal komen ke apa..boleh panjangkan ukhwah sesama kita. Well,kalau awak membaca ni..sy ada sikiy nasihat pada awak. Mungkin juga untuk awak awak yg lain juga.

suka sy ingatkn hidup ini satu persinggahan sementara sebelum ke alam yg sebenar benarnya untuk kita. kisah sedih suka duka kita cumelah another ranjau yang perlu kita tempuh sebelum dipanggil ke alam yg lg satu. Allah swt menduga dengan kasih-Nya. Sebolehnya apa apa pn kita kembali pd Dia.

kadangkadang yang kita punya belum tentu kita punya. Contoh klau yg ada boifren/tunang ..even suami pun..hari ini mgkin,esok lusa itu Allah swt punya jalan cerita.kita manusia biasa,takkan boleh lari dari rasa sedih kecewa dan sbgnya..tp fikir sejenak amik masa utk renungkan balik..mana tahu itu bukan yg terbaik utk kita?mana tahu Allah berikan yg lebih baik?

so..lets bersangka baik dengan Allah..lets put not too much hope..lets live our life to the fullest..lets follow the flow that Allah made for us..lets love each other without hurting anyone…lets have fun in every single day..lets love ourself much much more..lets pray for a better us..day by day..

untuk awak..ye awaklah..ramai yg sgt sygkan awak..awak sweet awak lovely awak manis awak comel awak cantik awak baik awak banyak sedekahkan senyum indah awak peramah awak sempurna di mata sy. Walau apa pun yg jadi lepas ni,kuatkan diri ye awak. Kita ada Allah. Allah selalu syg kita😉

salam sejahtera

Lamanya sy tidak singgah menutur kata di sini. Terpaling banyak rasa yang ingin dikongsi bersama itu sy simpan di dalam ini. Jisim si hati. Well, sy ingat bila dah kembali, semuanya akan berubah. Ya, memang berubah tapi bukan semuanya. Hidup,macam tu lah. Apa yang kita hendak, tak dapat. Apa yang kita meluat, itulah ada hari hari depan mata.

Paling penting hidup sy kini dah berubah. Sedar tak sedar, i’m a mother now. Alhamdulillah, si anak selamat dilahirkan tanggal 16 Mac lepas.  Tuhan kurniakan anak tercomel di hati sy.  Gelak dia, senyum dia. Allahuakbar. Betullah anak itu pengikat kasih, pengerat sayang.  Kelahiran si anak buat sy dan suami sedar besar tanggungjawab yg akan ditanggung.  Nak besarkan, nak mendidik, nak menyayang, biar jadi anak soleh yg baik mendengar kata org tua.  Kalau ada rezeki, jadi abg yg baik. Amin.

In shaa Allah, lepas lepas ni, sy akan kerap di sini. Seperti biasanya sy melempiaskan semua rasa dalam jiwa di dalam blog ini.  Berkongsi tidak banyak kisah pahit manis hidup sy. manis. manis. manis. Amin. Jom kita doakan yang baik2 yang manis2 untuk kita dan insan yang kita sayang.  Biar sama sama kita diberkati Allah swt. In shaa Allah.  

Oh, seminggu lagi nak raya. Raya kali ni sebagai bonda.  Raya pertama bonda.

 

 

empat puluh ~ semalam malames

 realiti hidup tanpa tapis

semalam. ada titis di matanya walau tak dicurah sehabisnya. kasihan kekasih jiwa raga sy, hatinya dihiris bagai tak punya nilai. sebagai insan yang terpaling dekat di mata hati dan jiwa, sy turut merasai peritnya dia. selama mana dia mampu tahankan, dia bertahan– demi suatu yang dipanggil kasih sayang dan juga tanggungjawab tergalas di bahu. tapi, entahkan dihargai entahkan tidak?tapi bukan penghargaan yang diminta, sebaliknya nilai kasih sayang dan cinta. Ah! tak semua faham apa ertinya, bila memberi tanpa meminta. bila berkata benar dituduh nista. lebih menyakitkan, tidak diberi peluang perjelas segala.

semalam. sy biarkan dia berkata kata meluah segala. mengharap ada tenang di hati dan jiwanya yang seolah kosong kini. di hati ini hanya mampu berdoa agar Allah berikan kelapangan dada buat kekasih hati sy. syg, sy ada. tak ke mana. In shaa Allah dengan izin Nya, sy akan jadi insan yang setia tercongok menanti tua bersama kamu. sy akan jadi insan yang setia membobok kamu di tiap sendu dan ketawa. sy akan jadi insan yang setia mencinta kamu sampai hujung nyawa. tenanglah syg, saat dunia membuangmu, sy ada– sy ada– sy ada–
selama mana pun kita akan cuba bertahan bersama. kita kan ada sesama kita. Bertabahlah syg.

semalam. satu semalam yang berat untuk kamu, kekasih hati. satu semalam yang kita sama-sama harap tidak akan terjadi lagi. cukuplah sekali. sy tak sanggup lihat kamu disakiti. sebab yang seperti kamu, kekasih hati. langsung tidak punya galang ganti. yang seperti kamu, kekasih hati, langsung tak patut diperlaku begini. cukuplah semalam yang kita tangisi, yang kita sesali, mari bangun syg! Hari ini kan lagi manis dari semalam, hari esok kita niatkan yang indah-indah. In shaa Allah, suatu yang cerah– manis dan indah menanti kita….

realiti hidup bukan realiti tanpa tangis

tak pernah aku

kini, tiba di hari aku merasa gagal
terpaling gagal
pun aku cuba sembunyi sebalik senyuman
terpaling lemah
cuba aku ukirkan untuk diamkan rasa

tapi lama-lama aku sedar nyata
aku yang tak pernah belajar
aku yang tak pernah faham
aku yang tak pernah ingat
aku yang tak pernah ambil tahu

salah aku semuanya
mungkin
kerana aku yang tak pernah cuba.

 

Allah,bantu. tolong ya Allah.

 

tiga puluh sembilan

i’m a loser.

lets see what world say about it.

To be a good loser is to learn how to win.
Carl Sandburg

There’s nothing wrong with being a loser, it just depends on how good you are at it.
Billie Joe Armstrong

Second place is just the first place loser.
Dale Earnhardt

You’re never a loser until you quit trying.
Mike Ditka

You have to be able to be a good loser. You have to be okay knowing you’re going to fail every day in something without getting mad and upset.
Dan O’Brien
loser.
i don’t know how.but i think i am.

tiga puluh lapan

bulan kelima (ada yg confuse ke?ini bulan kelima sy sebagai isteri..hihi)

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. walau di bulan yang baru lima ini. Tapi segalanya indah bila ada dia, selalu dia setia membuat sy tersenyum bahagia. Sebab itu, yang seperti dia tidak ada galang gantinya. Dicinta lelaki yang sama yang tak pernah lekang dari sifat lembutnya, manis dan baiknya dia, sy benar-benar bersyukur atas kurniaan Ilahi yang ini.  Sy doakan moga kasih sayang kami kekal sampai ke syurga.  Amin.

Tapi malam tadi, di sujud dan di doa sy. Sy meminta untuk dijadikan isteri terbaik untuk dia, bidadari dia di syurga nanti.  Dan selepas itu, sy terfikir. Layak ke sy untuk meminta semua itu dari Tuhan?  Apalah sangat kebaikan yang sy dah buat sampai Tuhan boleh bagikan semua itu pada sy?  Adakah sy yang benar-benar terbaik untuk dia?atau Allah ada rencanakan seseorang yang lain, yang lebih layak menyayangi dia, disayangi dia? Nau’zubillah..

“Ya Allah Ya Tuhanku..
Sy mohon andai ada yang lain yang lebih layak untuk dia, biarlah semua itu takdir selepas tiadanya sy. Kerana sy, tidak akan pernah sanggup untuk melihat dia pergi, meniti bahagia bersama yang lain. Kasih, sayang, cinta, dan hati kecil sy ini adalah untuk dia. Hanya dia. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Perkenankan doa hamba.”

 

tsskk…ish air ape yg meleleh kat pipi nie..Allah..
Selamat bulan kelima, kekasih hati~🙂

tiga puluh tujuh – menangis

bila perlu. bila sampai satu tahap. yang benar-benar menguji. kadang2 tak menguji pun dah menangis.hahaha.sy la tu. inikan pula saat-saat perit, genting yang sememang menggamit titis air mata.

tadi, baru je tadi. tak sampai setengah jam. sy hampir menangis. kenapa? tny suami sy…huwaaaaaa..sedih sebab tak dapat nak jawab call dari dia. ada 11 missed call semuanya. Maafkan sy, kekasih. sy tahu saat itu , dia memerlukan sy, sgt memerlukan sy.

 

 

 

 

sbb mesin basuh tak function seperti sepatutnya.  haha!

p/s: Sy takkan berhenti menyayangi kamu, kekasih hati.

beza

bagi aku.

antara dua bicara – aku perhatikan satu-satu.

entah kenapa.

aku lagi gembira dengan satu bicara yang tak libat langsung-jiwa hati dan perasaan.

bicara yang hanya bincangkan soal hidup masing-masing. soal pembawakan watak masing-masing. semua berkisar gembira dan ingatan mesra. SUMPAH langsung tak ada menyebut – sayu, sedih, luka hati, pedih hati, terasa hati, jiwa luka, jiwa lara, jiwa kosong, disampahkan dan sebagainya. cuma rasa gembira dan ingatan mesra.

yang itu, lebih indah sebenarnya.

bagi aku.