bulan kelima (ada yg confuse ke?ini bulan kelima sy sebagai isteri..hihi)

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. walau di bulan yang baru lima ini. Tapi segalanya indah bila ada dia, selalu dia setia membuat sy tersenyum bahagia. Sebab itu, yang seperti dia tidak ada galang gantinya. Dicinta lelaki yang sama yang tak pernah lekang dari sifat lembutnya, manis dan baiknya dia, sy benar-benar bersyukur atas kurniaan Ilahi yang ini.  Sy doakan moga kasih sayang kami kekal sampai ke syurga.  Amin.

Tapi malam tadi, di sujud dan di doa sy. Sy meminta untuk dijadikan isteri terbaik untuk dia, bidadari dia di syurga nanti.  Dan selepas itu, sy terfikir. Layak ke sy untuk meminta semua itu dari Tuhan?  Apalah sangat kebaikan yang sy dah buat sampai Tuhan boleh bagikan semua itu pada sy?  Adakah sy yang benar-benar terbaik untuk dia?atau Allah ada rencanakan seseorang yang lain, yang lebih layak menyayangi dia, disayangi dia? Nau’zubillah..

“Ya Allah Ya Tuhanku..
Sy mohon andai ada yang lain yang lebih layak untuk dia, biarlah semua itu takdir selepas tiadanya sy. Kerana sy, tidak akan pernah sanggup untuk melihat dia pergi, meniti bahagia bersama yang lain. Kasih, sayang, cinta, dan hati kecil sy ini adalah untuk dia. Hanya dia. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Perkenankan doa hamba.”

 

tsskk…ish air ape yg meleleh kat pipi nie..Allah..
Selamat bulan kelima, kekasih hati~ 🙂

Advertisements