realiti hidup tanpa tapis

semalam. ada titis di matanya walau tak dicurah sehabisnya. kasihan kekasih jiwa raga sy, hatinya dihiris bagai tak punya nilai. sebagai insan yang terpaling dekat di mata hati dan jiwa, sy turut merasai peritnya dia. selama mana dia mampu tahankan, dia bertahan– demi suatu yang dipanggil kasih sayang dan juga tanggungjawab tergalas di bahu. tapi, entahkan dihargai entahkan tidak?tapi bukan penghargaan yang diminta, sebaliknya nilai kasih sayang dan cinta. Ah! tak semua faham apa ertinya, bila memberi tanpa meminta. bila berkata benar dituduh nista. lebih menyakitkan, tidak diberi peluang perjelas segala.

semalam. sy biarkan dia berkata kata meluah segala. mengharap ada tenang di hati dan jiwanya yang seolah kosong kini. di hati ini hanya mampu berdoa agar Allah berikan kelapangan dada buat kekasih hati sy. syg, sy ada. tak ke mana. In shaa Allah dengan izin Nya, sy akan jadi insan yang setia tercongok menanti tua bersama kamu. sy akan jadi insan yang setia membobok kamu di tiap sendu dan ketawa. sy akan jadi insan yang setia mencinta kamu sampai hujung nyawa. tenanglah syg, saat dunia membuangmu, sy ada– sy ada– sy ada–
selama mana pun kita akan cuba bertahan bersama. kita kan ada sesama kita. Bertabahlah syg.

semalam. satu semalam yang berat untuk kamu, kekasih hati. satu semalam yang kita sama-sama harap tidak akan terjadi lagi. cukuplah sekali. sy tak sanggup lihat kamu disakiti. sebab yang seperti kamu, kekasih hati. langsung tidak punya galang ganti. yang seperti kamu, kekasih hati, langsung tak patut diperlaku begini. cukuplah semalam yang kita tangisi, yang kita sesali, mari bangun syg! Hari ini kan lagi manis dari semalam, hari esok kita niatkan yang indah-indah. In shaa Allah, suatu yang cerah– manis dan indah menanti kita….

realiti hidup bukan realiti tanpa tangis

Advertisements