Lamanya sy tidak singgah menutur kata di sini. Terpaling banyak rasa yang ingin dikongsi bersama itu sy simpan di dalam ini. Jisim si hati. Well, sy ingat bila dah kembali, semuanya akan berubah. Ya, memang berubah tapi bukan semuanya. Hidup,macam tu lah. Apa yang kita hendak, tak dapat. Apa yang kita meluat, itulah ada hari hari depan mata.

Paling penting hidup sy kini dah berubah. Sedar tak sedar, i’m a mother now. Alhamdulillah, si anak selamat dilahirkan tanggal 16 Mac lepas.  Tuhan kurniakan anak tercomel di hati sy.  Gelak dia, senyum dia. Allahuakbar. Betullah anak itu pengikat kasih, pengerat sayang.  Kelahiran si anak buat sy dan suami sedar besar tanggungjawab yg akan ditanggung.  Nak besarkan, nak mendidik, nak menyayang, biar jadi anak soleh yg baik mendengar kata org tua.  Kalau ada rezeki, jadi abg yg baik. Amin.

In shaa Allah, lepas lepas ni, sy akan kerap di sini. Seperti biasanya sy melempiaskan semua rasa dalam jiwa di dalam blog ini.  Berkongsi tidak banyak kisah pahit manis hidup sy. manis. manis. manis. Amin. Jom kita doakan yang baik2 yang manis2 untuk kita dan insan yang kita sayang.  Biar sama sama kita diberkati Allah swt. In shaa Allah.  

Oh, seminggu lagi nak raya. Raya kali ni sebagai bonda.  Raya pertama bonda.

 

 

Advertisements