Tags

,

tenggelam timbul tenggelam timbul.
tahu tahu dah tiga tahun dengan wordpress nie. tahu tahu dah tiga tahun sy menulis dengan hati dekat sini. Allah hai, cepatnya masa berlalu. Setiapnya ada jalan cerita kan? Sy selalu terfikir bila stuck dalam jammed, setiap satu satu kereta tu ada cerita dia kan, kereta sana tengah bergaduh suami isteri, kereta sebelah sini pulak tengah makan tak perasan kereta sebelah sebelah, mangkali lapar sangatlah tu (macam sy juga kdg2.haha) kereta belakang pula, si gadis melentok lentok kepala pd si jejaka seolah memujuk, pastinya ada kisah di sebalik segalanya kan? Thats whylah, bila kita rasa down, kita kena fikirkan kisah org lain yang lebih teruk yang lebih menyedihkan dari kisah kita then baru timbul (mudah2an timbul lah kan) rasa syukur pada Tuhan, kita ditakdirkan sebegini.

tenggelam timbul tenggelam timbul.
Sebolehnya sy cuba update segala nukilan/luahan/bebelan/omongkosongan (ehh..) sy di dalam bb nie. Semoga diberi kelapangan buat sy meneruskan penulisan penuh jiwa di sini. Semoga kalau ada yang baca akan tenang, terfikir sejenak, berubah atau apa saja manfaat yang boleh diperoleh dari sini. Alhamdulillah . Mudah2an. Sy pun manusia biasa, banyak cacat cela nya, sy pun kadang2 pemarah, pendengki, pencemburu yg haibat, pe pe pe …. yg lain juga..hee Sebolehnya sy cuba ubah sikit sikit perangai ni supaya jadi yang lebih matang (tk perlu nk matang sgt kotttt) hehehe..i mean, become more rational in person lah kan. Mudah2an Allah bantukan, untuk sy menjadi yang lebih bertanggungjawab, yang lebih komited pd kerja dan studi sy. Amin. last but not least. sedikit sebanyak dari sy.

 

Tiga tahun
Lama mana tidak ditentu kita
Sekejapnya dapatlah kita rasa
sebaiknya kita manfaat
Sebagusnya kita perkuat
Tiap tiap lemah yang ada
Tiap tiap kurang yang nyata

Selamat tiga tahun, bubblybettyku. 

Advertisements