tiga puluh enam

its been a while since we’ve got married. no stories of the love we shared, we felt to each other. alhamdulillah, now its already 4 months pass the wedding day.  A four month of being husband and wife.  4 months of being a wife to him.  Honestly, I don’t think that I’ve done my very best for him. Laundry, cooking, and any other household chores.  Well, I’m still learning (on cooking of course!) and for other household chores, I think its more comfortable for me to do so at my own sweet home.  For those who didnt know, we’re just move out from his family house.  So there are so many thing need to be done. The washing machine, freeze, things in kitchen, toilets and sooooo many things to need be cleaned and arranged.  Well, its tiring, and yet its fun!  Doing things in our own home, with our loves one.  Hee..

Alhamdulillah, its a beautiful 4rd month, we’re still in luv with each other day by day.  He’s been a sweet and handsome soft spoken hubby for me.  Thank Allah for the love that He gave to me through my husband.  Alhamdulillah. Wish to be his till Jannah. InsyaAllah.

 

 

 

 

 

I luv him. lillahi ta’ala. 😉

benar-benar

Diam. Kedu. Tambahkan imbuhan ter– pada keduanya.  Sejujurnya luluh di hati apabila terbaca akan sesuatu ini.  Ia satu luahan rasa yang entah bagaimana hendak saya ceritakan pada entri kali ini.  Ia tentang betapa sy gagal menjadi orang baik yang boleh dicontohi, betapa sy lemah untuk membantu dia dalam segala macam hal dalam hidupnya, dan betapa sy pula yang bahagia di kesendirian sy tanpa ada yang menghalang, tanpa ada yang membantah apa saja mahu sy.

Silap itu pada sy mungkin.  Kerana selama ini sy ingat dia tahu semua sayangkan dia.  Selama ini sy hanya fikir mahu dia selamat.selamat.selamat.  Selama ini sy hanya mahu dia gembira, tenang dan selesa di bawah lingkungan yang dicipta.  Tapi dia sebenarnya terluka, terkurung, terperuk, terhimpit di dalam dunianya sendiri.  Perlu ke sy minta maaf pada dia, kerana sy, dia begitu? Kerana sy, dia hilang keseronokannya? Kerana sy, dia tidak bebas ke mana-mana?  Kerana sy, dia tidak boleh terbang tinggi?  Kerana sy, dia berasa dia yang tidak bahagia? Kerana sy, dia mahu jadi semacam sy…yang pergi jauh?  Allah. Tidak ke dia tahu, pergi jauh itu seksa, berjauh dari keluarga itu menduga tiap-tiap rasa?

Apa yang patut sy lakukan sebetulnya? To make things right again? Sy ke yang perlu menjauh? Mendekat sy pun seolah tiada harganya.  Mungkin hati dia benar-benar terluka.

Benar-benar terluka — semacam sy.

pergi

Kita tau ke bila kita akan pergi mengadap Ilahi? tidak kan?Samalah soalan itu diaju bila ada yg mempersoal takdirnya Tuhan. mengapa begitu? mengapa begini? dan rata-rata kita (termasuk diri sendiri) selalu menangisi perginya insan kesayangan kita. tambah-tambah bila yang pergi itu sang ibu.  atau dianggap semacam ibu.

adik. sepupu sy yang paling rapat. yang paling dekat. dari kecil dulu sampai laa sekarang. sy sayang dia macam adik sy sendiri. adik lelaki sy. satu-satunya. sebabkan umur kami hanya berbeza setahun, kami keraplah juga berkongsi cerita, sedih sy, duka dia, gembira sy, ketawa dia. macam-macam.  tapi, baru-baru ni dia kehilangan ibu tercinta. sy kehilangan mak ngah tersayang.  sungguh, kami bukanlah di kalangan orang-orang yang kuat hatinya.  lepas selesai kebumikan arwah, kami duduk di sisi tanah merah itu. menangisi. berharap agar arwah tenang di sana. kami yang di alam dunia ini amat amat amat merindunya.  sy tepukkan bahu si adik, sy minta dia sabar dan redha.  padahal di hati sy luluhnya…..Allah sahaja yang tahu.  Ngah pergi masa hari lahir sy baru-baru ini. di hari raya kedua.  waktu itu, kami merancang untuk melawat mak ngah di hospital.  sebelum raya,  ngah ada cakap dia nak balik ke kampung, beraya.  tapi doktor tak izin, sbb takut keadaan ngah jadi lebih serius.  Tapi Tuhan, dia balik juga beraya dalam keadaan jasad yang sudah tidak bernyawa.  saat mengetahui tentang pemergian ngah, diri ini seolah minta ditampar-tampar. betul ke ngah dah pergi? betul ke dia dah tak ada?  Allahuakbar…remuk rindu di hati sy apalah sangat jika dibanding dengan rindunya adik dan pak ngah pada ngah.  Jauh dalam hati, sy doakan dua beranak itu tabah menghadap perginya satu-satu wanita yang amat mereka sayangi.  sakit pening, mandi buang air semua si adik uruskan dengan pak ngah.  kami datang sesekali melawat, itu juga sudah buat ngah senyum terhibur.  Alhamdulillah, ngah sempat tengok sy di hari bahagia sy.  Tapi adik?  Takpe dik. Mak adik tengok dari jauh. senyum dia menengok kita semua.  Adik ada kami semua, keluarga adik.  Jadilah mcm mana sekalipun, kami tetap keluarga adik yang tak akan tinggalkan adik. Tidak akan.  walau takdir menguji kita semacam mana sekalipun.  bila rindu, selalu selalu bacakan al fatihah dan yassin untuk mak adik di sana.   soal kahwin? sy tahu dia.  saat ini dia serabut, dia mencari diri dia sendiri.  soal yang itu dibiar ke tepi. dia perlu kuat/nampak kuat supaya si ayah merasa kuat juga.  pak ngah sy itu sendiri. sunyi dia tidak ada tempat melayan sembang, mengadu cerita dan berkongsi segala.  jadi, adik perlu kuatkan semangat untuk ayah adik juga.  Kita sama-sama ada. semalam kami makan malam bersama, sy pergi ke rumah ngah. sunyinya Ya Allah…tak ada lagi suara ngah yang menjemput masuk, suruh makan, buat air dan macam-macam lagi. sumpah! sy rindu. kami semua rindu. sy tahu. waktu makan tu, sy lah yang tambah nasi paling banyak – sebab…….dulu arwah pernah kata, sy ni susah sangat nak makan nasi, tu yang kurus tu.hehe.dan juga sebab nak pak ngah dan adik happy tengok sy makan bertambah-tambah masakan  mereka. adik cakap – seronok makan ramai-ramai macam ni- Alahai adik..Insyaallah sy akan cuba luang masa untuk ada sama-sama mereka lagi.  Harapnya dapat menjadi penawar di hati mereka yang rindu dan sedih.  Tak lama lagi, insyaAllah tahun depan, adik dan pak ngah akan ke Mekah, buat umrah. Alhamdulillah ada rezki mereka, adik kata- tak sabar rasanya nak ke sana- dulu arwah pernah buat umrah juga tapi adik dan pakngah tak ikut serta.  kali ini, mereka pergi sekali.  bersama-sama.  Sy doakan semua berjalan lancar seperti yang mereka rancangkan, mereka berdua diberi kekuatan, diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah di sana.  InsyaAllah.

Andai disingkap si tirai hati.  remuknya Allah sahaja yang tahu.  tapi sebagai hambaNya, kita manusia perlu belajar redha setiap qada’ dan qadar.  hanya pada Allah swt tempat kita memohon kekuatan dan perlindungan.  Setiap pemergian itu satu kepastian dariNya.

p/s : rasa hilang seorang ibu itu adalah satu rasa yang kita langsung tak mahu dan  langsung tak tahu bagaimana.

p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, izinkan sy pergi dahulu sebelum insan-insan kesayangan sy – suami, ibu, ayah dan adik. Amin.

B.A.S.T

Ku tarik nafas sedalamnya. mencuba memikir sewarasnya.
Untuk tiap-tiap yang berlaku, kupasti ada hikmahnya
Tuhanku pasti menunjukkan jalan keluar untuk semua
Yang selama ini mengulit-ulit memintal di tangkai hati

Perit untuk aku lihatkan segala kemesraan
Pedih untuk aku tadahkan segala bisikan syaitan
Kita sama bukan anak kecil yang bisa dibohongi
Kita serupa bukan si buta tolol yang senang dianiaya

Biar berparah, biar berlelah, kutelan jua segala
Kerana yang utama bagiku adalah bahagia mereka-mereka
Biar mereka merentas hidup bahagia bersama-sama
Kerana yang perlu bagiku hanya senyuman mereka-mereka

Cuma, satu perkara yang aku pinta
Berbohonglah apa sekalipun, dustailah aku semacam mana pun
Benarkan aku hidup bahagia sementara ada
Ku mohon tunggulah BAST

 

 

 

 

Bila Aku Sudah Tiada

 

erti

banyak sangat yang kita perlu belajar dan terima bila sebut tentang erti kehidupan yang kita miliki.  bila begini, sy mulai belajar erti sebuah kasih sayang yang jurusnya cinta.  Ianya bukan boleh dibuat-buat. Ianya bukan boleh dipaksa-paksa. Ia datang dari sudut yang letaknya paling dalam di hati kita.  Selagi kita punyai rasa yang itu, selagi itu, insyaAllah kita ikhlas untuk saling menyayangi dan tidak pernah berhenti untuk menyayangi. Cinta ini, luas makna, luas rasa dia. Cinta ni, bila kita sanggup disakiti dilukai oleh insan yang kita cinta.  Cinta ni, adalah bila kita sanggup berkorban banyak perkara – hati perasaan, jiwa raga, masa tenaga dan bermacam lagi. Cinta juga bila mana kita menangis diam-diam dalam hati tanpa mahu yang disayang tahu sakit kita,luka kita, perit kita.  Cinta. Macam-macam.

saya pun baru faham ertinya menjadi sang isteri..ertinya mempunyai suami..erti tanggung dan erti jawab yang kita perlu buat untuk pastikan rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke hujungnya.  Selalu sy minta pada Tuhan, biarlah dia itu jodoh sy hingga ke hujung nyawa sy.  Susah bagi sy, payah bagi sy kerana lelaki semacam dia itu, tidak ada gantinya di mana-mana. Dia manis, dia masam, dia pahit, dia masin..hahaha..enough say, dia segalanya bagi sy.  Sy harap sy juga begitu bagi dia. Amin….

mengimbau yang lepas-lepas, pastinya amat amat amat berbeza dengan yang sekarang.  segala keberadaan di keliling sy, memberi satu erti yang perlu dihargai. MasyaAllah, Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui.  tiap-tiap satu yang diberiNya, ada jalan bahagia untuk sy. Alhamdulillah. Kami bakal bertiga, takdir Tuhan yang Esa.  Pinta sy, doa yang manis manis..moga Allah perkenan doa2 kita.

 

Psst….selamat hari raya semua~!!

kena tahu.kena tahu.

ini salah satu nama Allah..

Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh hamba-hambaNya pada hari Qiamat.

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” Surah Al-A’raf, ayat 180.

 “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar-Ra’d, ayat 28.

“Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga” – Riwayat Bukhari 

Salam Ramadhan semua!

di mana?

 

Tak semua manis. Tak semua pahit. Tapi dalam semua-semua itu, ada nilainya. ada harganya. Kita cuma perlu belajar menghargai tiap-tiap satu. Agar kita sedikitpun tidak terlepas mana-mana manis, mana-mana pahit yang ada, yang Allah takdirkan menjadi milik kita.  Kerana Allah itu tahu,kita mampu telanhadap semua.

Menangis. Ketawa. Itu semua asam garam hidup di dunia. Terpulang pada kita mendefinasikan nilai bahagia dalam hidup kita.  Ada orang yang menangis selalu, tapi dia bahagia dgn apa adanya dia.  Ada pulak yang ketawa selalu, gembira selalu, tapi jauh di sudut hati, dia hidup tanpa rasa bahagia. Semua, letaknya pada kita.

Jadi, yg mana kita?

 

 

 

p/s : doa, tiap2 hujung sedih kita, ada bahagia.

tiga puluh lima

tiba-tiba rasa tak sabar nak balik rumah.
dapat tgk dia tidur pun jadilah.
lepas tu kacau2 sampai dia jaga.
tak lama lepas tu, dia bersiap nak pegi kerja.
lepas cium tangan dan pipi, lambai dia smpi hilang dari mata.
malamnya tunggu dia.balik rehat di rumah. lepas tu…
lepas cium tangan dan pipi, lambai dia smpi hilang dari mata.

alahai.
itulah rutin. tp sy bahagia, Ya Allah.
terima kasih atas segalanya.

lakibini hari-hari

kata somebody that i used to know (chewahh)

dan jgn sekali2 percaya perkahwinan ini semudah satu dua dan tiga.
gila, apa.

J

i’m a bit tired.of the “J” attitude. haa?what J?you dunno aaa…

its not Jenny..
not Jealous..
not Johorian (absolutely not man!)
not Japanesse…

What i mean is……….

JUDGMENTAL attitude!!!

Am so tired of seeing, listening, or whatever it is, when people judging others without seek for the truth first, without see it with themselves first, without be in that particular person’s shoe first. Please laa..judging others does not define who they are, it defines who you are! Please pity others.and me. being the victim of this judgmental minded people. haihhh…

 

i’m OUT.