hari ini.
menangis sy atas sejadah. sakit betul. remuk betul. rindu betul hati nie. andai dapat (mmg takkan dapat) diundurkan masa-masa lalu yang indah, pasti sy mahu sekali waktu dulu, ada nenek aki di sisi. indah betul! kalau dapat nenek saat ni, sy mau peluk tubuh tua itu erat-erat. menangis semahu-mahu. biar nenek tahu (walau nenek mmg tahu) apa sy rasa, apa sy dukakan di renyuk baju lusuh nenek. kalau dapat aki saat ini, sy mau bawak aki dan nenek pusing-pusing naik kereta kecil sy, mau bawak nenek dan aki jalan-jalan di dunia kecil sy. walau apalah sangat, ia dunia kecil yang sy bangga. kerana punya segala – nenek aki mak ayh adik sepupu saudara semua keluarga –
butakan?nenek kan dah tak ada. aki kan dah tinggalkan sy.
mcm anak kecil kehilangan selipar, diganti tetap takkan sama dengan yang hilang. tapi ini bukan selipar! ini dua jasad yang disayang. ini dua insan yang terhebat yang pernah ada sebentar tak lama dlm kenangan gambar hidup ini. sy belum buta, cuma sy dahaga sgt. kasih nenek. kasih aki. walau jauh, sy kadang-kadang rasa mereka dekat tak ke mana. sampaikan nangis-nangis cerita pada nenek, walau nenek dengar sy atau tidak. jerit-jerit mintak aki, walau aki entah faham atau tidak. selalu sy peluk mak kuat-kuat, nak rasa nenek dekat mak, peluk ayah erat-erat, nak rasa aki rapat ayah. mcm setiap detik sy teringat, setiap ketika mata hati berair, nenek dan aki pasti sedih tgkkan sy dari kejauhan sna. maaf nek, aki..hati ni tak kuat. rindunya Allah shj yang mengerti. moga Allah sampaikan doa sy.
Doa sy buat nenek dan aki.
Doa sy buat nenek dan aki.
Amin ya rabbal a’lamin.