kebelakangan ini..
hati aku bagai diracik racik halus..
helo.nak buat goreng ke salai hati aku tu..?
25 Tuesday Sep 2012
Posted ipso facto
inkebelakangan ini..
hati aku bagai diracik racik halus..
helo.nak buat goreng ke salai hati aku tu..?
14 Friday Sep 2012
Posted sirf tum
inits been a while since we’ve got married. no stories of the love we shared, we felt to each other. alhamdulillah, now its already 4 months pass the wedding day. A four month of being husband and wife. 4 months of being a wife to him. Honestly, I don’t think that I’ve done my very best for him. Laundry, cooking, and any other household chores. Well, I’m still learning (on cooking of course!) and for other household chores, I think its more comfortable for me to do so at my own sweet home. For those who didnt know, we’re just move out from his family house. So there are so many thing need to be done. The washing machine, freeze, things in kitchen, toilets and sooooo many things to need be cleaned and arranged. Well, its tiring, and yet its fun! Doing things in our own home, with our loves one. Hee..
Alhamdulillah, its a beautiful 4rd month, we’re still in luv with each other day by day. He’s been a sweet and handsome soft spoken hubby for me. Thank Allah for the love that He gave to me through my husband. Alhamdulillah. Wish to be his till Jannah. InsyaAllah.
I luv him. lillahi ta’ala. 😉
14 Friday Sep 2012
Posted ipso facto
inDiam. Kedu. Tambahkan imbuhan ter– pada keduanya. Sejujurnya luluh di hati apabila terbaca akan sesuatu ini. Ia satu luahan rasa yang entah bagaimana hendak saya ceritakan pada entri kali ini. Ia tentang betapa sy gagal menjadi orang baik yang boleh dicontohi, betapa sy lemah untuk membantu dia dalam segala macam hal dalam hidupnya, dan betapa sy pula yang bahagia di kesendirian sy tanpa ada yang menghalang, tanpa ada yang membantah apa saja mahu sy.
Silap itu pada sy mungkin. Kerana selama ini sy ingat dia tahu semua sayangkan dia. Selama ini sy hanya fikir mahu dia selamat.selamat.selamat. Selama ini sy hanya mahu dia gembira, tenang dan selesa di bawah lingkungan yang dicipta. Tapi dia sebenarnya terluka, terkurung, terperuk, terhimpit di dalam dunianya sendiri. Perlu ke sy minta maaf pada dia, kerana sy, dia begitu? Kerana sy, dia hilang keseronokannya? Kerana sy, dia tidak bebas ke mana-mana? Kerana sy, dia tidak boleh terbang tinggi? Kerana sy, dia berasa dia yang tidak bahagia? Kerana sy, dia mahu jadi semacam sy…yang pergi jauh? Allah. Tidak ke dia tahu, pergi jauh itu seksa, berjauh dari keluarga itu menduga tiap-tiap rasa?
Apa yang patut sy lakukan sebetulnya? To make things right again? Sy ke yang perlu menjauh? Mendekat sy pun seolah tiada harganya. Mungkin hati dia benar-benar terluka.
Benar-benar terluka — semacam sy.
05 Wednesday Sep 2012
Posted ipso facto
inKita tau ke bila kita akan pergi mengadap Ilahi? tidak kan?Samalah soalan itu diaju bila ada yg mempersoal takdirnya Tuhan. mengapa begitu? mengapa begini? dan rata-rata kita (termasuk diri sendiri) selalu menangisi perginya insan kesayangan kita. tambah-tambah bila yang pergi itu sang ibu. atau dianggap semacam ibu.
adik. sepupu sy yang paling rapat. yang paling dekat. dari kecil dulu sampai laa sekarang. sy sayang dia macam adik sy sendiri. adik lelaki sy. satu-satunya. sebabkan umur kami hanya berbeza setahun, kami keraplah juga berkongsi cerita, sedih sy, duka dia, gembira sy, ketawa dia. macam-macam. tapi, baru-baru ni dia kehilangan ibu tercinta. sy kehilangan mak ngah tersayang. sungguh, kami bukanlah di kalangan orang-orang yang kuat hatinya. lepas selesai kebumikan arwah, kami duduk di sisi tanah merah itu. menangisi. berharap agar arwah tenang di sana. kami yang di alam dunia ini amat amat amat merindunya. sy tepukkan bahu si adik, sy minta dia sabar dan redha. padahal di hati sy luluhnya…..Allah sahaja yang tahu. Ngah pergi masa hari lahir sy baru-baru ini. di hari raya kedua. waktu itu, kami merancang untuk melawat mak ngah di hospital. sebelum raya, ngah ada cakap dia nak balik ke kampung, beraya. tapi doktor tak izin, sbb takut keadaan ngah jadi lebih serius. Tapi Tuhan, dia balik juga beraya dalam keadaan jasad yang sudah tidak bernyawa. saat mengetahui tentang pemergian ngah, diri ini seolah minta ditampar-tampar. betul ke ngah dah pergi? betul ke dia dah tak ada? Allahuakbar…remuk rindu di hati sy apalah sangat jika dibanding dengan rindunya adik dan pak ngah pada ngah. Jauh dalam hati, sy doakan dua beranak itu tabah menghadap perginya satu-satu wanita yang amat mereka sayangi. sakit pening, mandi buang air semua si adik uruskan dengan pak ngah. kami datang sesekali melawat, itu juga sudah buat ngah senyum terhibur. Alhamdulillah, ngah sempat tengok sy di hari bahagia sy. Tapi adik? Takpe dik. Mak adik tengok dari jauh. senyum dia menengok kita semua. Adik ada kami semua, keluarga adik. Jadilah mcm mana sekalipun, kami tetap keluarga adik yang tak akan tinggalkan adik. Tidak akan. walau takdir menguji kita semacam mana sekalipun. bila rindu, selalu selalu bacakan al fatihah dan yassin untuk mak adik di sana. soal kahwin? sy tahu dia. saat ini dia serabut, dia mencari diri dia sendiri. soal yang itu dibiar ke tepi. dia perlu kuat/nampak kuat supaya si ayah merasa kuat juga. pak ngah sy itu sendiri. sunyi dia tidak ada tempat melayan sembang, mengadu cerita dan berkongsi segala. jadi, adik perlu kuatkan semangat untuk ayah adik juga. Kita sama-sama ada. semalam kami makan malam bersama, sy pergi ke rumah ngah. sunyinya Ya Allah…tak ada lagi suara ngah yang menjemput masuk, suruh makan, buat air dan macam-macam lagi. sumpah! sy rindu. kami semua rindu. sy tahu. waktu makan tu, sy lah yang tambah nasi paling banyak – sebab…….dulu arwah pernah kata, sy ni susah sangat nak makan nasi, tu yang kurus tu.hehe.dan juga sebab nak pak ngah dan adik happy tengok sy makan bertambah-tambah masakan mereka. adik cakap – seronok makan ramai-ramai macam ni- Alahai adik..Insyaallah sy akan cuba luang masa untuk ada sama-sama mereka lagi. Harapnya dapat menjadi penawar di hati mereka yang rindu dan sedih. Tak lama lagi, insyaAllah tahun depan, adik dan pak ngah akan ke Mekah, buat umrah. Alhamdulillah ada rezki mereka, adik kata- tak sabar rasanya nak ke sana- dulu arwah pernah buat umrah juga tapi adik dan pakngah tak ikut serta. kali ini, mereka pergi sekali. bersama-sama. Sy doakan semua berjalan lancar seperti yang mereka rancangkan, mereka berdua diberi kekuatan, diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah di sana. InsyaAllah.
Andai disingkap si tirai hati. remuknya Allah sahaja yang tahu. tapi sebagai hambaNya, kita manusia perlu belajar redha setiap qada’ dan qadar. hanya pada Allah swt tempat kita memohon kekuatan dan perlindungan. Setiap pemergian itu satu kepastian dariNya.
p/s : rasa hilang seorang ibu itu adalah satu rasa yang kita langsung tak mahu dan langsung tak tahu bagaimana.
p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, izinkan sy pergi dahulu sebelum insan-insan kesayangan sy – suami, ibu, ayah dan adik. Amin.